Saturday, September 25, 2010

Saya kini memiliki Buku Journal


Derwent Journal Book | 80 sheets of 200gsm quality paper.

Saya kini memiliki sebuah buku Journal yang saya kira sangat menarik dan saya tidak sangka ianya boleh menjadi salah satu perkara hebat dalam hidup. Untuk orang yang mempunyai hobi seperti saya, buku journal menjadi salah satu bahan merakam apa saja yang kita lihat didepan mata. Ianya harus dilukis secara 'live' dan bukan dirujuk dari gambar atau lukisan imaginasi. Nampaknya sekarang ini saya harus membawa lebih banyak barang peribadi selain kamera ke mana saja. Siapa kata semakin kita tua, semakin hilang keghairahan kita. :)

President Cafe, Jalan TAR Kuala Lumpur

Watercolor
Georgia Rowney (Pan)

Monday, September 20, 2010

New Gadget

Beberapa hari lalu, selepas pulang dari pejabat, saya sekali lagi ke 'stationery' yang terletak di Taman Melawati. Mula-mula sekadar untuk meninjau-ninjau sejenis bahan melukis yang dipanggil 'charcoal'. Charcoal ialah sejenis bahan yang diperbuat dari arang yang digali melalui lombong arang batu. Selain dari menjadi bahan bakar, ianya juga dijadikan sebagai alat tulis dan melukis. Seperti pencil, charcoal juga ialah salah satu medium yang terbaik untuk membuat lakaran. Saya membeli juga akhirnya. Ini ialah kali kedua saya membeli dan mencuba bahan ini. Selain charcoal, saya membeli 2 batang pencil Mars Lumograph dari Steadtler dengan degree 2B dan 7B. Sebatang Soft Pastel (Pencil) dan pemadam lembik yang berharga RM1. Menurut jurujual, ianya ialah pemadam charcoal. Betul la tu kot...

Tuesday, September 07, 2010

Jalan Sentul

Jalan Sentul, Kuala Lumpur
16" X 22"

Jalan Sentul menjadi laluan saya untuk ke pejabat yang terletak di Dolomite, Batu Cave. Terdapat banyak pemandangan yang boleh dijadikan subjek untuk mereka yang meminati fotografi dan juga tentunya lukisan. Wanita tua dengan bakul pasar, lelaki tua yang sedang menunggang basikal, pelbagai bangsa dan agama serta pelbagai kegiatan lain warga Sentul boleh dilihat di sini. Bila sinar cahaya mentari pagi memancar terang, ia menjadikan kawasan ini sungguh menarik.

Monday, September 06, 2010

Pencil Sketch: Pekan Sungai Besi


Lakaran Pekan Sungai Besi ini, saya tidak melukisnya di sana. Ia dilukis berpandukan sekeping foto yang saya ambil sendiri pada tahun lepas. Saya terjumpa lakaran ini semasa sedang mengemas.. Ada tercatat tarikh di atasnya. Saya mempunyai banyak koleksi foto pekan Sungai Besi yang saya ambil khas menggunakan kamera filem. Semata-mata untuk merasai sentuhan klasik. Pekan ini menjadi tumpuan kerana di tengah-tengahnya terdapat sebuah pasar basah dan di dalam pasar tersebut terdapat beberapa buah gerai minuman. Pernahkah anda makan nasi lemak dan minum teh o sambil dikelilingi orang ramai dan para peniaga ikan dan sayur? Anda patut mencubanya kerana ia sungguh 'Blues' sekali.

Sebenarnya pekan ini mempunyai keunikan lain yang tersendiri. Saya telah melawat pekan ini beberapa kali sejak saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996. Bangunannya dibina sekitar tahun 1920-an dan masih kekal cantik sehingga kini. Saya cuba membayangkan pekan ini sekitar tahun itu dengan meletakkan sebuah kereta antik sedang melewati beberapa buah deretan kedai. Dapat rasa ke'klasik'kannya?