Monday, September 06, 2010

Pencil Sketch: Pekan Sungai Besi


Lakaran Pekan Sungai Besi ini, saya tidak melukisnya di sana. Ia dilukis berpandukan sekeping foto yang saya ambil sendiri pada tahun lepas. Saya terjumpa lakaran ini semasa sedang mengemas.. Ada tercatat tarikh di atasnya. Saya mempunyai banyak koleksi foto pekan Sungai Besi yang saya ambil khas menggunakan kamera filem. Semata-mata untuk merasai sentuhan klasik. Pekan ini menjadi tumpuan kerana di tengah-tengahnya terdapat sebuah pasar basah dan di dalam pasar tersebut terdapat beberapa buah gerai minuman. Pernahkah anda makan nasi lemak dan minum teh o sambil dikelilingi orang ramai dan para peniaga ikan dan sayur? Anda patut mencubanya kerana ia sungguh 'Blues' sekali.

Sebenarnya pekan ini mempunyai keunikan lain yang tersendiri. Saya telah melawat pekan ini beberapa kali sejak saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996. Bangunannya dibina sekitar tahun 1920-an dan masih kekal cantik sehingga kini. Saya cuba membayangkan pekan ini sekitar tahun itu dengan meletakkan sebuah kereta antik sedang melewati beberapa buah deretan kedai. Dapat rasa ke'klasik'kannya?

No comments: