Salam Semua,
Ramadan tahun ini seperti memberi kekuatan kepada saya untuk kembali melukis. Saya bersyukur. Hampir beberapa bulan atau tahun, saya sudah agak jarang dengan salah satu kemahiran yang saya ada ini. Mungkin saya tamak untuk melakukan terlalu banyak perkara sehingga saya langsung melupakan perkara yang pernah menjadi cita-cita saya suatu masa dulu. Hasrat untuk menjadi pelukis hebat seperti beberapa pelukis tempatan yang menjadi kegemaran saya suatu masa dulu seakan hilang entah di mana.
Kenapa baru sekarang keinginan lama itu datang dengan begitu meluap-luap sekali? Saya mencari jawapan sejak beberapa minggu lalu sehingga akhirnya saya membuat andaian sendiri iaitu apa sahaja yang berlaku tentu ada hikmahnya dan sebagai manusia kacak, saya akan lakukan apa sahaja takdir hidup asalkan ianya tidak mendatangkan dosa.
Saya akan berusaha untuk terus melukis dan memperbaiki kualiti lukisan saya. Kepada tuan puan, sila beri dorongan dengan membeli hasil karya saya.
2 comments:
Kacak!
Tq...
Post a Comment