Saturday, September 04, 2010

Fotografi dan Lukisan...


Sejak beberapa minggu lalu, saya sering ke sebuah kedai peralatan melukis yang terkenal di Kuala Lumpur. 'Nanyang Art Supply' yang terletak di Petaling Street. Kedai ini mungkin syurga kepada ramai pelukis tempatan. Nanyang disenaraikan sebagai 5 kedai peralatan seni terbaik Malaysia oleh Klue. Walaupun ada yang berpendapat harga peralatan di kedai ini agak mahal, tetapi Nanyang menjual peralatan yang berkualiti dari jenama terkenal.

Bila melihat set watercolor di Nanyang, gelagat saya mungkin sama seperti apabila saya ke kedai kamera. Berkira-kira hendak membeli. Itulah yang dinamakan ada duit, tapi tak cukup banyak untuk dipanggil kaya.

Saya membeli 2 warna 'pan watercolor' (warna jenis cake) jenama 'Artist' Winsor & Newton yang berkualiti tinggi dengan harga selepas diskaun RM36. Pada mulanya saya bercadang membeli jenis tiub 5ml yang dijual dengan harga RM40 untuk satu warna/tiub. Bagaimana kalau saya ingin membeli 10 warna? Berani? Err... belum berani lagi. Tunggu lukisan saya terjual walaupun satu. Saya akan beli. InsyaAllah.

No comments: